Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Pada Sesi Pagi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Pada Sesi Pagi

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Pada Sesi Pagi

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi tinggi sedikit hari ini, dipacu oleh belian yang diperbaharuidalam saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan pemulihan pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sedikit 0.02 mata atau 0.01 peratus, kepada1,648.93, berbanding1,648.91 ketika ditutup pada Isnin. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.49 mata lebih rendah kepada1,647.42.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi, 536 daripada 357, dengan 465 kaunter tidak berubah, 1,052 tidak diniagakan dan enam digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.55 bilion saham bernilai RM1.06 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng menjangkakan indeks penanda aras tempatan itu berada dalam julat1,645-1,655 hari ini.

"Dalam beberapa hari kebelakangan ini, dana asing telah menjadi penjual bersih (pada Isnin) dan kami berharap segmen runcit mula mengumpul stok," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, beliau berkataWall Street ditutup positif semalaman dengan keyakinan terhadap lebih banyak penurunan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

"Bagaimanapun, pemerhati pasaran juga menunggu data pekerjaan Jumaat ini. DJIA (Dow Jones) naik 17 mata manakala Nasdaq menokok 69 mata berikutan hasil 10 tahun AS susut kepada 3.787 peratus.

"Di Hong Kong, Indeks Hang Seng mengekalkan peningkatannya selepas seminggu belian secara besar-besaran berikutan langkah pelonggaran besar-besaran PBOC. Sentimen dirangsang seterusnya oleh pelonggaran sekatan pembelian hartanah diGuangzhou, Shanghai danShenzhen," katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...