Home Pasaran Prestasi Ringgit, Soya Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Pasaran

Prestasi Ringgit, Soya Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Prestasi Ringgit, Soya Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Sept(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives susut pada akhirdagangan Isnin susulan pengukuhan ringgit yang menjejaskan permintaan terhadap komoditi itu, kata peniaga.

David Ng yang juga peniaga komoditi itu berkata kelemahan prestasi kacang soya turut mengasak sentimen terhadap MSM.

“Berikutan itu, kami melihat paras sokongan padaRM3,900 (satu tan) manakala rintangan pada RM4,050,” katanya kepada Livevartha.

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semertaOktober 2024 susut RM35 kepada RM4,124 satu tan, November 2024 turun RM59 kepada RM4,037manakala penanda aras Disember 2024 berkurangan RM56 kepada RM3,995.

Kontrak Januari 2025 dan Februari 2025 masing-masing susut RM58 kepada RM3,956 dan RM3,921 satu tan dan Mac 2025 turun RM61 kepada RM3,884.

Jumlah dagangan berkurangankepada 56,631 lot daripada 132,344 padaJumaatmanakala kepentingan terbuka susut pada 256,833 kontrak daripada 258,379.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan turun RM40 kepada RM4,170 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...