Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi, Mejejaki Trend Dalam Pasaran Hadapan Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi, Mejejaki Trend Dalam Pasaran Hadapan Serantau

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi, Mejejaki Trend Dalam Pasaran Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Sept(Livevartha) –Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin berikutan aliran peningkatandalam pasaran niaga hadapan getah serantau selain kenaikan penanda aras harga minyak mentah di tengah-tengah data ekonomi China yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun mencecah paras tertinggi dalam 13 tahun, disokong oleh yen yang lebih lemah dan harga minyak yang lebih tinggi.

"Namun, kenaikan selanjutnya telah dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US serta tekanan daripada krisis Timur Tengah," kata peniaga itu kepada Livevartha.

Sentimen itu juga dirangsang oleh gangguan bekalan akibat keadaan cuaca buruk di Thailand termasuk jangkaan rangsangan ekonomi selanjutnya dari China.

Beliau berkata agensi meteorologi di negara pengeluar getah terkemuka, Thailand memberi amaran hujan lebat yang mungkin menyebabkan banjir kilat dari 29 Sept hingga 5 Okt.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan bahawa harga Getah Mutu Malaysia (GMM)20 meningkat 21.5 sen kepada 865 sen sekilogram, manakala latekspukal menokok2.5 sen kepada 712.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 893.50 sen sekilogram, manakala, lateks pukal pada 715.50 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...