Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam 34 Bulan
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam 34 Bulan

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam 34 Bulan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Sept(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.1550/1605 berbanding dolar AS, naik berbanding4.2000/2060 ketika ditutup pada Isnin, menandakan kenaikan tahun setakat ini sebanyak 10.49 peratus. Ini adalah paras tertinggi ringgit ketika ditutup sejak 11 Nov, 2021, pada paras4.1525/1545 ketika itu.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata People’s Bank of China (PBOC) mengumumkan pelbagai langkah sokongan monetari, termasuk keperluan rizab bank dan penurunan kadar feadah, serta langkah untuk menyokong pasaran hartanah.

"Pengumuman itu sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan terhadap ekonomi China berikutan ia bergelut untuk mencapai sasaran pertumbuhan lima peratusnya," katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata pengumuman mengenaikadar inflasi Malaysia yang lebih rendah dari jangkaan semalammenunjukkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasanya untuk baki 2024 dan berpotensi ke 2025.

BNM menunjukkan langkah berhemat dalam dasar monetarinya, dengan kekal berwaspada terhadap risiko inflasi, katanya.

"Pendirian berhati-hati ini menyumbang kepada peningkatan keyakinan, seperti yang dilihat dalam peningkatan nilai ringgit berbanding dolar AS baru-baru ini," katanya.

Prestasi ringgit juga kukuh berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...