Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Disokong Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Disokong Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Disokong Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal disokong minggu depan, didorong oleh kitaran pemotongan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), peningkatan risiko geopolitik dan pilihan raya AS yang akan datang, kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga emas telah mengalami kenaikan yang ketara, memacu logam itu ke arah paras tertinggi.

“Ketika bank-bank pusat pasaran sedang pesat membangun terus menjauhi dolar US dan cabaran ekonomi China telah meningkatkan permintaan tempatan di Asia, emas berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan prestasinya,” katanya kepada Livevartha.

DariJumaat ke Jumaat, bulan semerta September 2024 naik kepada US$2,614.20 setiap auns troy berbanding US$2,575.00 setiap auns troy yang disaksikan pada minggu lepas.

Sementara itu, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 serta April 2025 semuanya lebih tinggi pada US$2,627.00 daripada US$2,587.30 setiap auns troysebelum ini.

Jumlah dagangan susut kepada 82 lot berbanding 85 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 44 kontrak daripada 74 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,575.35 setiap auns troy, menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 19 Sept.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...