Home Pasaran Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 28 Bulan Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 28 Bulan Berbanding Dolar AS

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 28 Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha) — Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding unit negara maju itu selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas malam tadi, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu, mengekalkan kedudukannya sebagai antara mata wang berprestasi tinggi di rantau Asia.

Bercakap kepada Livevartha, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengumuman Fed itu telah meredakan ketidaktentuan pasaran.

Menurutnya Fed dilihat berada di landasan untuk memastikan penurunan sederhana dalam ekonomi AS.

Beliau berkata, pada masa sama, trend disinflasi akan berterusan, yang membolehkan Fed menumpukan kepada mandatnya yang lain iaitu guna tenaga maksimum.

Berdasarkan Kadar Dana Fed (FFR) jangka panjang sebanyak 2.9 peratus, Mohd Afzanizam berkata Fed dijangka terus menurunkan kadar faedah penanda aras untuk menyediakan sokongan monetari kepada ekonomi.

Sementara itu, beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus untuk tempoh berbaki tahun ini memandangkan keadaan monetari semasa yang menyokong pertumbuhan.

“Oleh itu, ringgit diunjurkan terus meningkat dalam tempoh terdekat.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus...