Home Pasaran Ringgit Dijangka Cenderung Naik Berterusan Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Cenderung Naik Berterusan Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Ringgit Dijangka Cenderung Naik Berterusan Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 21 Sept(Livevartha) –Ringgit dijangka cenderung untuk menaik berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.1875 hingga 4.2025 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata pergerakan besar-besaran ringgit pada minggu lalu mengingatkan pasaran betapa rendahnya nilai unit tempatan ituyang dihalang oleh kadar jangka pendek ASyang tinggi.

"Ia seolah-olah pemotongan besar oleh Fed membuka pintu kepada aliran kenaikan, menyebabkan ringgit melonjak. Tetapi, sudah tentuada lebih banyak perkara di sebaliknya.

"Pemotongan kadar yang besar oleh Fed adalah pengubah keadaan, yang meningkatkan pasaran pertukaran asing (FX) tempatan dan merancakkan pasaran saham tempatan, menarik aliran masuk asing dalam kitaran yang baik untuk mengukuhkan ringgit," kata Innes kepada Livevartha.

Beliau berkata walaupun data ekonomi AS masih bertahan buat masa ini, beliau menjangkakan ekonomi AS akhirnya akan perlahan, yang akan membawa kepada penetapan semula harga yang lebih agresif bagi keluk hasil AS yang lebih rendah, seterusnya akan memberi lebih banyak manfaat kepada ringgit.

"Dalam persekitaran ini, sebarang kekuatan dolar AS berkemungkinan besar hanya bersifat sementara, dan akan segera berakhir apabila lebih banyak pemotongan kadar oleh Fed.

"Tetapi sejauh mana dan secepat mana ringgit bergerak, saya tidak akan terkejut melihat beberapa pengukuhan pada minggu depan, sekitar 4.20. Saya menjangkakan antara4.1875 hingga 4.2025dengan kecenderungan untuk terus meningkat," kata Innes.

Sementara itu, Gabenor Bank NegaraDatuk Seri Abdul Rasheed Ghaffourberkata selain daripada pemotongan kadar AS, prospek ekonomi positif Malaysia dan pembaharuan struktur turut mendorong kenaikan ringgit.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Minat Risiko Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Minat Risiko Meningkat

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 25 April (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Diunjur Diniagakan Antara RM4.37 Dan RM4.38 Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Diniagakan Antara RM4.37 Dan RM4.38 Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 26 April (Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 26 April(Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka...

Prospek Berhati-hati Bagi Bursa Malaysia Minggu Depan Susulan Pelabur Tunggu Respons Terhadap Tarif AS
Pasaran

Prospek Berhati-hati Bagi Bursa Malaysia Minggu Depan Susulan Pelabur Tunggu Respons Terhadap Tarif AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 26 April(Livevartha) — Bursa Malaysia...