Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Niaga Hadapan Soya Lebih Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Niaga Hadapan Soya Lebih Kukuh

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Niaga Hadapan Soya Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 20 Sept(Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutuptinggi bagitiga hari dagangan berturut-turut, dipacuoleh niaga hadapan minyak kacang soya yang lebih kukuh di Chicago Board of Trade, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata anggaran eksport minyak sawit yang lebih tinggi turut menaikkan sentimen pasaran.

"Kami melihat paras sokongan pada RM3,880 dan paras rintangan pada RM4,050," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat RM79 kepada RM4,027, November 2024 berkembangRM70 kepada RM3,974dan penanda aras Disember 2024 melonjakRM71 kepada RM3,947 setan.

Kontrak Januari 2025 menokokRM70 kepada RM3,925, Februari 2025 naik RM74 kepada RM3,907dan Mac 2025 bertambah RM75 kepada RM3,885 setan.

Jumlah dagangan susut kepada59,369 lot daripada148,413 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada254,752 kontrak daripada 262,270 kontraksebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Oktober Selatan berkembangRM50 kepadaRM4,070 setan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...