Home Pasaran Cuaca Buruk Dijangka Pacu Pasaran Getah Minggu Depan
Pasaran

Cuaca Buruk Dijangka Pacu Pasaran Getah Minggu Depan

Cuaca Buruk Dijangka Pacu Pasaran Getah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Sept(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi padaminggu depan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu, sekali gus mencetuskan peningkatan permintaan dan harga.

Pakar industriDennis Low berkata TaufanYagi yang menyebabkan banjir buruk serta tanah runtuh di negara-negara pengeluar selain hujan lebat, juga telah menjejaskan pengeluaran komoditi berkenaan.

“Pihak Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan lebih banyak hujan turun di seluruh negara itu mulai 13 Sept, 2024 dan meminta orang ramai berhati-hati mengenai kemungkinan bencana alam dalam bentuk banjir kilat dan kejadian kepala air.

“Sehubungan itu, pasaran dijangka menyaksikan output lebih rendah susulan hujan lebat dan ini akan melonjakkan aktiviti peningkatan stok simpanan,” katanya kepada Livevartha.

Selain itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) turut menjangkakan keadaan cuaca yang tidak menentu di negara-negara pengeluar utama getah selain peningkatan minyak mentah akan menyokong kenaikan harga komoditi itu pada minggu depan.

Aliran peningkatan seterusnya bagaimanapun dikekang oleh prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur selain faktor pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ini susulan pendirian peniaga yang berhati-hati berikutan tiada kepastian jelas mengenai pengurangan kadar faedah utama serta pilihan raya presiden negara maju itu.

Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 menokok24.50sen kepada 812.50sen sekilogram daripada 788sen sekilogram seminggu sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...