Home Pasaran Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas, diniagakan lebih kukuh berbanding dolar AS dan melepasi parasRM4.30 pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pada 8.05 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2930/3030 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 pada Jumaat lepas.

Pasaran ditutup semalam sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia.

Menurut penganalisis,dolar AS terus berada di bawah tekanan berikutan permintaan rendah susulan jangkaan meningkat bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka melaksanakan penurunan kadar faedah yang ketara pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17 hingga 18 Sept ini.

Laporan menunjukkan Fed dijangka menurunkan kadar faedah sekurang-kurangnya 25 mata asas, dengan beberapa peniaga membuat spekulasi bahawa penurunan lebih besar sebanyak 50 mata asas juga mungkin dipertimbangkan.

“Susulan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Fed, dengan harga minyak yang stabil, ini dapat menyokong kenaikan ringgit seterusnya pada minggu ini,” katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.7781/7892 daripada 4.7664/7747 pada Jumaat lepas, rendah berbanding pound kepada 5.6706/6838 daripada 5.6439/6538, bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0510/0585 daripada 3.0570/0625 sebelum ini.

Ringgit turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...