Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 9 Sept(Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin disebabkan kejatuhan dalam pasaran minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), menurut peniaga minyak sawit David Ng.
Selainitu,sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh harga minyak mentah yang lebih rendah, katanya.
"Kami mendapati paras sokongan pada RM3,800 setan dan paras rintangan pada RM3,950 setan," katanya kepada Livevartha.
Pada penutup dagangan, kontrak semerta September 2024 meningkat RM5 kepada RM3,985 setan, tetapi kontrak Oktober 2024 turun RM1 kepada RM3,934 setan manakala November 2024 jatuh RM3 kepada RM3,895 setan.
Kontrak Disember 2024 turun RM10 kepada RM3,864 setan, Januari 2025 susut RM11 kepada RM3,850 setan dan Februari 2025 berkurangan RM13 kepadaRM3,845 setan.
Jumlah dagangan jatuh kepada 57,096 lot daripada 59,641 lot pada Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 233,734 kontrak berbanding 232,403 kontrak sebelum ini.
Harga MSM fizikal bagi September Selatan kekal tidak berubah pada RM4,030 setan.
— Livevartha