Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Kenaikan Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Kenaikan Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Kenaikan Wall Street

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa susulan kenaikan pasaran saham di Amerika Syarikat (AS) semalam selepas mencatatkan kerugian sebelum ini.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.85mata kepada 1,653.34daripada 1,651.49 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 2.31mata lebih rendah kepada 1,653.80.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 245berbanding 89, manakala 252kaunter tidak berubah, 1,869kaunter tidak diniagakan dan enamyang lain digantung.

Jumlah dagangan 128.21juta unit bernilai RM81.72juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkataWall Street ditutup tinggi dalam persekitaran beberapa kegiatanmemburu saham murah berikutan kerugian sebelum ini, menjelang keputusan penurunankadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dijangka akan berlaku dalam tempohsatu minggu.

“Volum dagangan harian semalam meningkat kebanyakannyadisebabkan oleh penampilan sulung99 Speedmart di Pasaran UtamaBursa Malaysia. Jika tidak, sentimen pasaran masih dalam mod berhati-hati walaupun aliran masuk dana asing bersih masih kelihatan.

“Justeru, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,650-1,660 hari ini,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Kenaikan Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...