Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Meningkat Semula Beransur-ansur Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Meningkat Semula Beransur-ansur Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Meningkat Semula Beransur-ansur Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diunjurkan meningkat semula secara beransur-ansur minggu hadapan, sejajar dengan peningkatan yang dijangkakandi pasaran tunai.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan menjangkakan FBM KLCI menguji semula paras 1,670 disokong oleh pengukuhan sentimen pasaran.

“Pasaran kini menjangkakan pengurangan kadar faedah sebanyak 50 mata asas bulan ini, berdasarkan data FedWatch oleh CME selepas laporan gaji bukan ladang,” katanya.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, kontrak September 2024 turun 36 mata kepada 1,635.5, Oktober 2024 yang baru disenaraikan berakhir pada 1,638.5 manakala Disember 2024 susut 35 mata kepada 1,642.5 dan Mac 2025 menguncup 34 mata kepada 1,628.5.

Jumlah dagangan berkurang kepada 39,004 lot daripada 205,479 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 55,697 kontrak daripada 65,635 kontrak.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...