Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Saham Wajaran Tinggi Pulih
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Saham Wajaran Tinggi Pulih

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Saham Wajaran Tinggi Pulih

KUALA LUMPUR, 3 Sept(Livevartha)– Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa susulan saham wajaran tinggi pulih daripada penurunan pada sesi dagangan sebelum ini.

Pada pukul 9.05pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat4.54mata kepada 1,682.73 daripada 1,678.19ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 0.37mata lebih rendahkepada 1,677.82.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 183berbanding 107, manakala 267kaunter tidak berubah, 1,870kaunter tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 112.08juta unit bernilai RM57.55juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup untuk Hari Pekerja Amerika Syarikat (AS) semalam dengan peniagamenjangkakan sesi dagangan tidak menentu kelakapabila pasaran dibuka semula seperti yang digambarkan oleh niaga hadapan saham yang tidak stabil.

"Di peringkat tempatan, suasana pasaran mungkin berubah kepada berhati-hati seperti yang dicerminkan oleh penurunan dalam jumlah dagangan harian.

"Kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,680-1,690 hari ini. Kami percaya pengumpulan saham oleh dana asing akan berterusan terutamanya selepas musim pendapatan korporat yang baik, ia mungkin menghasilkanbeberapa peningkatan dalam pertumbuhan pendapatan bagi 2024," katanya.

Antara saham wajaran tinggi,YTL danYTL Power meneruskan peningkatan, masing-masing naik enam sen kepadaRM3.08 and RM4.06 manakalaTenaga Nasional melonjak16 sen kepadaRM14.72, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing menambah dua sen kepadaRM4.77 danRM5.75.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Saham Wajaran Tinggi Pulih
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...