Home Pasaran Belian Ketara Pacu Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Ketara Pacu Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

Belian Ketara Pacu Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada tengah hari Jumaatseiring dengan prestasi pasaran serantau,dipacu oleh belian ketara dalam kaunter teknologi, pengguna serta utiliti.

Pada12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.06 mata atau 0.30peratus kepada1,658.61 daripada 1,653.55 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok4.93 mata kepada 1,658.48 dan bergerak dalam julat1,651.10 hingga 1,664.80 pada sesi dagangan pagi.

Pasaran meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu592 berbanding 0436 manakala 401 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,061 tidak diniagakan dan 80 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak2.01bilion unit bernilai RM1.70 bilion.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata nilai ringgit yang kukuh turut memberi manfaat kepada sektor pengguna, sepertimanadibuktikan oleh prestasi Farm Fresh Bhd dan Spritzer Bhd yang lebih baik dalam pelaporan pendapatan bagi suku semasa.

“Saham hartanah, pembinaan dan minyak dan gas tertentu juga menunjukkan pertumbuhan.

“Dalam pasaran komoditi, minyak mentah Brent meningkat semula selepas susut selama dua hari, didorong oleh penggantungan eksport dari Libyamanakala harga emas kekal melebihi US$2,500 yang hanya membuktikan lagi potensi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah menjelang September," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata pelabur juga memberi perhatian kepadadata perbelanjaan penggunaan peribadi teras AS, ukuran inflasi pihak Fedyang akan diumumkan pada lewat malam ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus...