Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Serantau

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaatdaripada penurunansemalam dengan indeks penanda aras naik1.53 peratus seiringprestasi kukuh dalam pasaran serantau.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 25.25mata kepada 1,678.80berbanding paras penutup 1,653.55semalam.

Petunjuk pasaran dibuka tinggi4.93mata kepada 1,658.48dan bergerak antara paras 1,651.10dan 1,679.85sepanjang sesi dagangan.

Pada keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 771berbanding 421 manakala 437kaunter tidak berubah, 861tidak diniagakan dan 80yang lain digantung.

Jumlah dagangan melonjakkepada 3.95bilion unit bernilai RM6.22bilion berbanding 3.67bilion unit bernilai RM3.96bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama di seluruh rantau itu meningkat menjelang pengumumandata perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini, iaakan menunjukkan sama ada Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menurunkan kadar faedah bulan depan.

“Oleh itu, mata wang utama Asia mengukuh berbanding dolar US,” katanya kepada Livevartha.

Di peringkat serantau, indeks Straits Times Singapura naik1.13 peratus kepada 3,442.93, Indeks Hang Seng Hong Kong menokok1.14 peratus kepada 17,989.07 dan Indeks Komposit SSE China menambah 0.68 peratus kepada 2,842.21.Nikkei Jepun mengukuh 0.74 peratus kepada 38,647.75 dan Kospi Korea Selatan meningkat0.45 peratus kepada 2,674.31.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...