Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam dagangan berhati-hati minggu depan, kata peniaga.

Beliau berkata penggiat pasaran akan memantau laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) bagi September, yang dijangka dikeluarkan pada 6 September.

Menurutnya susulan laporan NFP yang akan dikeluarkan, pelabur dapat menjangkatahap penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang akan datang.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat kepada US$2,524.20 setiap auns troy daripada US$2,520.00 setiap auns troy pada minggu sebelumnya manakala September 2024 naik kepada US$2,546.50 setiap auns troy daripada US$2,523.70 setiap auns troy sebelum ini.

Sementara itu, kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 masing-masing meningkat kepada US$2,548.80 setiap auns troy daripada US$2,526.00 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 73 lot daripada 67 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 37 kontrak daripada 58 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal pada US$2,518.10 setiap auns troy mengikut penetapan tengah hari Persatuan Pasaran Jongkong London pada 29 Ogos 2024.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...