Home Pasaran FBM KLCI Diunjur Dalam Julat 1,671-1,700 Minggu Depan Berikutan Sentimen Global Lebih Baik
Pasaran

FBM KLCI Diunjur Dalam Julat 1,671-1,700 Minggu Depan Berikutan Sentimen Global Lebih Baik

FBM KLCI Diunjur Dalam Julat 1,671-1,700 Minggu Depan Berikutan Sentimen Global Lebih Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Livevartha) — FBM KLCI diunjurkan dalam julat antara 1,671 hingga 1,700 minggu depan memandangkan sentimen pelabur dijangka lebih baik di peringkat serantau dan global, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.

Beliau berkata keadaan pasaran dijangka kekal stabil di dalam negara, dan indeks itu berkemungkinan kekal positif.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh menolak kemungkinan kepada beberapa aktiviti pengambilan untung. FBM KLCI telah menunjukkan aliran meningkat yang teguh, diniagakan melepasi purata pergerakan eksponen (EMA) 20 hari dan EMA 50 hari, menunjukkan momentum optimis dalam jangka pendek.

“Jurang yang semakin luas antara indeks dan purata pergerakan ini terus meningkatkan kekukuhan aliran meningkat semasa,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, Thong berkata FBM KLCI mungkin berdepan paras rintangan 1,680 dan paras psikologi 1,700.

“Sebaliknya, paras sokongan penting adalah pada 1,635, diikuti dengan 1,620. Penurunan di bawah EMA boleh menyebabkan momentum peningkatan yang lemah dan potensi peralihan ke arah konsolidasi atau aliran menyusut.

“Secara keseluruhan, unjuran kekal positif selagi indeks kekal melepasi paras sokongan kritikal, tetapi perlu berhati-hati memandangkan pasaran menghampiri keadaan terlebih beli,” katanya.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata indeks itu boleh mencapai paras penting 1,700 dalam tempoh terdekat.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...