Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Ogos(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri kenaikanberturut-turutnya selama empat hariuntuk ditutuprendah pada Selasa berikutan aktivitipengambilan untung, kata seorang peniaga.

Penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Sathia Varqa berkata, dengan pasaran luaran yang terus mengukuh, pengambilan untung telah mengurangkan momentum belian.

Peniaga minyak sawitDavid Ng berkata harga minyak dan minyak kacang soya yang lemah turut menjejaskan sentimen pasaran.

“Kami melihat paras sokongan padaRM3,850 setan metrik dan paras rintangan padaRM4,000 setan metrik,” katanya kepadaLivevartha.

Sementara itu,Hap Seng Consolidated Bhd (HSCB) menjangka harga MSM berada di bawah tekanan terutamanya semasa musim penanaman yang tinggi.

HSCB merupakan konglomerat dengan enam perniagaan teras iaitu perladangan, pelaburan dan pembangunan hartanah, pembiayaan kredit, automotif, perdagangan baja dan bahan binaan.

Syarikat itu berkata pengeluar minyak sawit terus menghadapi tekanan inflasi dan kos pengeluaran yang tinggi, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semertaSeptember 2024 turun RM16 kepadaRM4,005 setan metrik,Oktober 2024 susutRM8 kepadaRM3,958 setan metrik dan November 2024 berkurangan RM1kepada RM3,923 setan metrik.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...