Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Walaupun Wall Street Catat Prestasi Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Walaupun Wall Street Catat Prestasi Bercampur-campur

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Walaupun Wall Street Catat Prestasi Bercampur-campur

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa walaupun Wall Street mencatatkan prestasi bercampur-campur dalam tempoh semalaman, ekoran kemungkinan pelaburberalih daripada saham teknologi menjelang pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.99 mata kepada 1,640.95 daripada 1,638.96 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 0.20 mata lebih tinggi kepada 1,639.16.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 156 berbanding 152, manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,996 kaunter tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 95.39 juta unit bernilai RM59.48 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dagangan di bursa tempatan kekal hambar walaupun FBM KLCI ditutup positif pada hampir paras 1,640 semalam.

“Pembelian saham mewah berterusan dengan aliran masuk dana asing, mungkin memanfaatkan kenaikan nilai ringgit yang telah meningkat kepada hampir paras tertinggi dalam tempoh dua tahun pada RM4.35 berbanding dolar AS.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,635 hingga 1,645 hari ini,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...