Friday , 20 September 2024
Home Pasaran Ringgit Terus Mengukuh, Cecah Paras 4.37 Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh, Cecah Paras 4.37 Berbanding Dolar AS

Ringgit Terus Mengukuh, Cecah Paras 4.37 Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Livevartha) — Ringgit meneruskan momentum peningkatannya dan mencecahparas 4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa.

Pengukuhan itu ketara ketikadolar AS sebaliknya terus susutmenjelang ucaptama oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell di acara tahunan Simposium Jackson Hole, akhir minggu ini.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh pada 4.3780/3850 berbanding dolar AS daripada 4.3805/3850 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd DrMohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat ke paras 4.3635 berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini namun susut kemudiannya sekitar 4.3748.

Walaupun berlaku pembetulan itu, beliau menyifatkan kadar pertukaran semasa sebagai paparan paras terkukuh ringgit sejak Februari 2023.

“Pada masa ini, paras rintangan pada julat 4.3000. Jika momentum peningkatan semasa ini berterusan, ringgit mampu mencecah paras itu (semula). Tumpuan utama adalah Simposium Jackson Hole yang dijangka menyaksikan Powell memberi bayangan mengenai tindakan dasar Fed seterusnya.

“Malah, kemungkinan pengurangan kadar faedah utama AS pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) September ini, juga semakinketara dengan pasaran mengunjurkan penurunan sehingga25 mata asas bagi Kadar Dana Persekutuan," katanyakepada Livevartha.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang menyaksikannya mengukuh sedikit pada 2.9917/9967 daripada 2.9946/9979.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit...

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal
Pasaran

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan...