Home Pasaran Bursa Malaysia Terus Catat Aliran Meningkat Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Terus Catat Aliran Meningkat Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Terus Catat Aliran Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya pada tengah hari ini berikutan sentimen pelabur yang positif didorong oleh angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku kedua dan perdagangan dari Januari hingga Julai yang kukuh.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.10 peratus atau 17.83 mata kepada 1,641.73 daripada 1,623.90 pada Jumaat lepas.

Indeks dibuka tinggi 1.24 mata kepada 1,625.14 dan bergerak antara 1,624.58 dan 1,644.08 pada sepanjang sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 548 berbanding 449, dengan 435 kaunter tidak berubah, 1,063 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.29 bilion unit bernilai RM1.79 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, petunjuk pasaran dijangka meneruskan momentum meningkatnya berikutan data KDNK Malaysia yang diumumkan kukuh minggu lepas,terutamanya dengan sentimen yang lebih baik pada separuh kedua 2024.

“Selain itu, kami menjangka sektor pengguna dan perkapalan akan mendapat manfaat daripada ringgit yang kukuh.

“Berdasarkan persekitaran positif di Amerika Syarikat (AS), kami menjangka minat belian wujud dalam sektor teknologi dan saham perbankan tempatan, yang meningkat pada Jumaat lepas,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Selain itu, katanya pihaknya kekaloptimis mengenai sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan danutiliti menjelang musim pelaporan pendapatan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...