Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Jangkaan Permintaan Tinggi Pada Deepavali Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Pasaran

Jangkaan Permintaan Tinggi Pada Deepavali Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Jangkaan Permintaan Tinggi Pada Deepavali Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

David Ng

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Ogos(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin di tengah-tengah jangkaan permintaan yang tinggi menjelang perayaan Deepavali, kata Penganalisis Kanan FastmarketsSathia Varqa.

Deepavali akan disambut pada 31 Okt dan perayaan itu dijangka memacu permintaan yang kukuh untuk minyak masak, merangsang kontrak niaga hadapan MSM.

Penganalisis itu memberitahu Livevartha, pasaran kini sedang menunggu data eksport Malaysiadari 1-20 Ogos, yang dijadualkan esokuntuk menentu hala tuju pasaran.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak kacang soya yang lebih kukuh turut membantu menaikkan sentimen pasaran.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,650 satu tan dan paras rintangan pada RM3,850 satu tan,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 naik RM52 kepada RM3,924 satu tan, Oktober 2024 meningkat RM52 kepada RM3,804 satu tandan November 2024 bertambah RM40 kepada RM3,721 satu tan.

Kontrak Disember 2024 melonjak RM27 kepada RM3,686 satu tan, Januari 2025 naik RM19 kepada RM3,672 satu tandan Februari 2025 meningkat RM13 kepada RM3,668 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 70,934 lot berbanding 62,644 lot ketika ditutup pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 228,716 kontrak daripada 225,277 kontrak sebelumnya.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...