Home Pasaran FBM KLCI Dijangka Bergerak Turun Naik Antara Paras 1,610 Dan 1,632 Minggu Depan
Pasaran

FBM KLCI Dijangka Bergerak Turun Naik Antara Paras 1,610 Dan 1,632 Minggu Depan

FBM KLCI Dijangka  Bergerak Turun Naik Antara Paras 1,610 Dan 1,632 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Ogos(Livevartha) –Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran antara paras1,610 dan1,632 pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Ini berikutanpetunjuk teknikal menunjukkan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusutdaripada semuapetunjuk carta teknikal exponential moving averages (EMA) dan EMA 20 hari,kata naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.

Beliau berkata momentum indeks petunjuk pasaran itu menunjukkankemungkinan menuju ke paras rintangan seterusnya pada1,632.

“Sekiranya indeks itu berjaya melepasi paras ini, ia berpotensi untuk terus naik. Bagaimanapun, paras sokongan sekarang berada pada1,610. Justeru, kami menjangkakan indeks itu berlegar pada paras 1,610-1,632 minggu depan,” katanya kepadaLivevartha.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata beliau optimis dengan prestasi pasaran ekuiti Malaysia ketika ini.

“Ekonomi Malaysia berkembang baik, dengan pertumbuhan meningkat menuju ke paras5.0 peratus tahun ini, mencapai tahaptertinggi unjuran negara,” katanya.

Beliau berkata perbelanjaan pengguna dan lonjakan eksport telah merangsang ekonomi, terutamanya pada suku kedua yang mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 5.9 peratus.

“Paras itu malahan lebih tinggi berbanding anggaran5.8 peratus sebelumnya yang apabila dibuat pecahanmenunjukkan ekonomi berkembang sebanyak2.9 peratus secara berurutan daripada suku sebelumnya yang, sudah tentunya sangat mengagumkan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

FBM KLCI Dijangka  Bergerak Turun Naik Antara Paras 1,610 Dan 1,632 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...