Home Pasaran Ringgit Berlegar Sekitar Tahap Semasa Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Berlegar Sekitar Tahap Semasa Minggu Depan

Ringgit  Berlegar Sekitar Tahap Semasa Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Livevartha) –Ringgit dijangka kekal pada paras semasa 4.43 hingga 4.45 berbanding dolar US minggu depan dalam sentimen berhati-hati menjelang beberapa siri pengumuman oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengenai ekonomi negara itu.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan tertumpu pada ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell semasa Simposium Jackson Hole Jumaat depan.

“Pada keadaan semasa, semua data menunjukkan akan ada pemotongan kadar dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS yang akan datang menjelang September.Isu utama adalah mengenai kuantum penurunan kadar serta keupayaan Fed untuk mendapatkan impak yang lebih stabil memandangkan perbincangan mereka akan memperlihatkan kemungkinan kemelesetan ekonomi AS,”katanya kepada Livevartha.

Untuk minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan lebih baik dengan jangkaan pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia, yang mencatat pertumbuhan 5.9 peratus pada suku kedua, mengatasi unjuran. Ia mencecah semula paras 4.41 berbanding dolar US pada Rabu lepas, paras paling kukuh mata wang itu dalam 16 bulan.

Bagaimanapun, pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.4295/4350 berbanding dolar US daripada 4.4200/4280. Ringgit juga kebanyakannya diniagakan lemah berbanding mata wang utama lain.

Ia turun berbanding euro kepada 4.8680/8741 daripada 4.8253/8340, susut nilai berbanding pound British kepada 5.7167/7238 daripada 5.6373/6475 tetapi mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9792/9833 daripada 3.0019/0075 yang dicatatkan dalam minggu sebelumnya.

Ringgit juga merosotberbanding mata wang ASEAN.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3582/3627 daripada 3.3381/3444 dan turun berbanding baht Thai kepada 12.6445/6656 daripada 12.5234/5514. Mata wang tempatan itu juga dilihat kurang bermaya berbanding peso Filipina kepada 7.74/7.75 daripada7.71/7.73 dan melembapberbanding rupiah Indonesia kepada 282.2/282.7 daripada 277.5/278.2.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...