Wednesday , 5 February 2025
Home Pasaran Ringgit Kekal Dibuka Tinggi, Menjelang Data KDNK Suku Kedua Malaysia Esok
Pasaran

Ringgit Kekal Dibuka Tinggi, Menjelang Data KDNK Suku Kedua Malaysia Esok

Ringgit Kekal Dibuka Tinggi, Menjelang Data KDNK Suku Kedua Malaysia Esok

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Livevartha) — Ringgit kekal dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Khamis, menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024 Malaysia esok, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jangkaan yang semakin meningkat terhadap pengurangan kadar faedah AS juga menyokong ringgit.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat sedikitkepada 4.4150/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4235 ketika ditutup pada Rabu.

Beliau berkata trend disinflasi kekal jelas di AS, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Julai menunjukkan penurunan kepada 2.9 peratus, berbanding jangkaan konsensus pada 3.0 peratus.

Selain itu, IHP teras turun kepada 3.2 peratus daripada 3.3 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

“Justeru, keadaan sudah selamat untuk Rizab Persekutuan AS memulakan langkah pelonggaran monetarinya bulan depan.

“Peralihan penekanan daripada usaha mengekang inflasi kepada mengekalkan pertumbuhan akan menjadi naratif utama selepas ini,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata berasaskan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah AS yang semakin meningkat, ringgit berkemungkinan meningkat lagi berbanding dolar AS, dan dijangka menghampiri paras sokongan serta-merta pada RM4.4005 hari ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penyusutan Pasaran Soya, Minyak Mentah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penyusutan Pasaran Soya, Minyak Mentah

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 4 Feb(Livevartha) — Kontrak niaga...

Penangguhan Kenaikan Tarif AS Bantu Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Penangguhan Kenaikan Tarif AS Bantu Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS...

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 4 Feb (Livevartha) — Bursa...