Saturday , 11 January 2025
Home Nasional Sabah catat kutipan hasil negeri tertinggi tiga tahun berturut-turut
Nasional

Sabah catat kutipan hasil negeri tertinggi tiga tahun berturut-turut

Sabah catat kutipan hasil negeri tertinggi tiga tahun berturut-turut

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Sabah mencatatkan kutipan hasil negeri tertinggi dalam sejarah selama tiga tahun berturut-turut sejak 2021, dengan jumlah kutipan hampir mencecah RM7 bilion, tahun lepas.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pencapaian itu hasil daripada pemerintahan yang stabil serta pembangunan ekonomi yang pesat di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

\”Kita memberi tumpuan kepada sektor pertanian, perindustrian, pelancongan, pembangunan modal insan, infrastruktur, dan kelestarian hijau. Dengan fokus ini, hasil kita meningkat hampir RM7 bilion pada tahun lepas,\” katanya dalam program wawancara Bicara Naratif Khas, pada Isnin di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Tahun lalu, Sabah mengumpul RM6.973 bilion, meningkat sedikit berbanding RM6.960 bilion pada tahun 2022 dan RM5.449 bilion pada tahun 2021.

Hajiji turut memaklumkan, Sabah akan menerokai satu lagi sumber ekonomi baharu iaitu Ekonomi Biru atau Blue Economy.

Katanya, Sabah yang dikelilingi oleh Laut Cina Selatan, Laut Sulu, dan Laut Celebes, mempunyai potensi tinggi dalam penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu serta produk industri lain.

\”Ekonomi Biru bukan sahaja merangkumi sumber marin, tetapi juga melibatkan 14 industri yang boleh dimanfaatkan, termasuk tenaga boleh baharu. Berdasarkan kajian, 75 peratus sumber ini berada di Sabah,\” katanya.

Inisiatif Ekonomi Biru itu dijangka memberi impak besar bukan sahaja kepada kerajaan negeri tetapi juga kepada penduduk Sabah.

Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah yang dijadualkan berlangsung tahun depan, Hajiji berkata tempoh berbaki ini akan digunakan sepenuhnya untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

\”Pilihan raya akan diadakan apabila tiba masanya, tetapi yang penting adalah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita,\” tambahnya.

Related Articles

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang
Nasional

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.GEORGE TOWN, 11 Januari – Pulau Pinang...

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan
Nasional

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kemasukan...

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka
Nasional

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka

Sekadar gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan...

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini
Nasional

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGIKUALA LUMPUR, 11 Januari- Seramai 953 penduduk terjejas banjir...