Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional PM bertemu 'chaebol', tarik lebih banyak FDI ke Malaysia
Nasional

PM bertemu 'chaebol', tarik lebih banyak FDI ke Malaysia

PM bertemu 'chaebol', tarik lebih banyak FDI ke Malaysia

Foto BERNAMA

SEOUL, 26 November– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh korporat atau dikenali sebagai ‘chaebol’ dari syarikat terkemuka di Korea Selatan.

Ia bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia, selain mengukuhkan lagi hubungan perdagangan di antara Malaysia dan Korea Selatan.

Perdana Menteri mengadakan siri mesyuarat itu bermula pada pukul 9.00 pagi bersama beberapa syarikat utama lain.

Ia melibatkan Kumpulan Samsung, Kumpulan SK Nexilis, POSCO dan Lotte International.

Perbincangan ini adalah usaha Malaysia untuk meraih pelaburan berimpak tinggi dari Korea Selatan ke Malaysia.

\’Chaebol\’ umumnya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Korea Selatan.

Sokongan daripada kerajaan persekutuan untuk chaebol bermula selepas Perang Korea sebagai satu cara untuk membantu membina semula ekonomi.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...