Home Nasional Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL

KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan sebelum digilis sebuah bas di Jalan Kemajuan kira-kira pukul 8.25 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor dalam kenyataan berkata, dalam kejadian itu, Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, dari Kampung Beladau Kolam Manir maut di lokasi kejadian.

\”Kejadian berlaku ketika bas dipandu lelaki warga emas berusia 70 tahun dalam perjalanan menuju ke Kuala Berang manakala Nur Damia Umairah sedang menghala ke rumahnya di Manir.

\”Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dari lorong kiri jalan telah masuk ke laluan bas di lorong tengah, sebelum terjatuh dan digilis tayar belakang bas berkenaan,\” kata Azli.

Azli berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...