Sunday , 16 February 2025
Home Nasional Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025 dan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sasaran Malaysia dan persediaan untuk temasya dwitahunan itu yang diadakan di Thailand, susulan rombakan acara oleh tuan rumah.

Dalam sesi sama, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengajukan soalan kepada Menteri Sumber Manusia mengenai mekanisme pelaksanaan SKBBK bagi untuk melindungi individu terjejas dengan kemalangan di luar pekerjaan.

Beliau juga ingin tahu sejauh mana skim itu dapat menangani cabaran risiko berkaitan kerja dan di luar waktu kerja susulan peningkatan aturan kerja anjal oleh majikan di Malaysia.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan strategi pembaharuan menyeluruh yang digariskan kementerian untuk melindungi reputasi dan integriti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) serta memulihkan keyakinan ahli peladang, di samping memantapkan pengurusan serta operasi NAFAS.

Sementara itu, Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) pula meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan mengenai keberhasilan Program Pembangunan Modal Insan Orang Asli di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terhadap taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli.

Beliau juga ingin tahu sama ada terdapat perancangan oleh kementerian untuk melahirkan lebih ramai usahawan daripada masyarakat Orang Asli menerusi Program Pendigitalan Usahawan Desa selain latihan kemahiran dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Persidangan Dewan Rakyat seterusnya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac. – BERNAMA

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...