SEMATAN, 21 Oktober-mayat seorang pencari lokan berjaya ditemukan di Kampung Terusan Jaya ditemui awal pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lundu, Muhamad Hazijul Abdul Mujun mayat Mohamad Nazratul Kamil, 26 ditemui tertiarap di muara sungai Sematan dengan keadaan masih sempurna.
Mangsa ditemui oleh penduduk kampung pada pukul 1.49 pagi sekitar satu kilometer dari lokasi terakhirnya.
Mohamad Hazijul yang dihubungi pemberita RTM mengesahkan kes berkenaan di Kuching pagi tadi.
Semalam, Nazratul dikatakan lemas dibawa arus sungai semasa cuba menyeberang sungai sekitar pukul 2 petang.
Beliau turut mengesahkan tiada kesan gigitan reptilia air ke atas tubuh mangsa dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.