Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi
Nasional

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 5 Disember– Kerajaan serta agensi yang terlibat perlu bertindak dengan lebih pantas untuk merealisasikan pelan transformasi yang telah dirangka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu penting bagi memastikan keperluan asas negara berada dalam keadaan kukuh. Ini mengambil kira peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Menurut beliau, antara teras kepada Kepengerusian ASEAN tahun depan termasuk Grid Tenaga ASEAN, Rangkaian Digital, selain Teknologi Makanan.

\”Kadang-kadang kerja lambat itu, bagi saya bagaimana kita hendak tingkatkan transisi tenaga, transformasi digital, AI (kecerdasan buatan), sedangkan perkara asas dibina dalam negara tidak dapat disiapkan\”, katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Dalam ucapannya itu, beliau merujuk kepada hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Negara dan Revolusi Perindustrian ke-4, yang berlangsung semalam.

Ia berhubung kelewatan beberapa agensi terlibat menguruskan pelaksanaan MyDigital serta rundingan antara Digital Nasional Berhad (DNB) bersama syarikat telekomunikasi yang belum menunjukkan perkembangan positif.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut membuat permohonan maaf kepada menteri serta agensi yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Katanya, tekanan dan penegasan diberikan memandangkan beberapa isu timbul melibatkan pelaksanaan beberapa inisiatif yang belum menunjukkan kemajuan.

\”Ada beberapa masalah rumit berbangkit, saya kurang sabar dalam dua tahun ini, saya rasa kemarahan agak keras sikit. Jadi, saya minta maaf… Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) ada, Gabenor Bank Negara ada… kerana kadang-kadang harapan kita tinggi.

\”Saya hilang kesabaran, marah ada batas. Semalam, saya agak terlanjur kemarahan, saya minta maaf kepada yang hadir. Saya juga ada kekurangan, harapan tinggi dan harapan menggunung, kadang-kadang tidak kesampaian\”, ujarnya.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...