Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional Karnival KPDN Zon Selatan bakal dicatat dalam MBOR
Nasional

Karnival KPDN Zon Selatan bakal dicatat dalam MBOR

Karnival KPDN Zon Selatan bakal dicatat dalam MBOR

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali / Foto BERNAMA

AYER KEROH, 7 Disember-Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 2024 Zon Selatan mencipta sejarah tersendiri, apabila bakal direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan Jualan Rahmah MADANI selama 40 jam tanpa henti.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata penganjuran selama tiga hari bermula pada Jumaat di Dataran Sejarah Ayer Keroh tersebut, adalah untuk merakyatkan perkhidmatan kerajaan yang sekali gus memberi akses lebih besar kepada rakyat untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan harga berpatutan.

“Ia juga sebagai sambutan bersempena meraikan 40 tahun Kempen Beli Barangan Malaysia dan insya-Allah kita akan teruskan pada tahun hadapan dengan pelbagai penambahbaikkan,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival KPDN 2024 Zon Selatan di Dataran Ayer Keroh di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, lima siri penganjuran telah diadakan di Perlis, Kelantan, Perak , Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, Armizan turut memaklumkan seramai 300 pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dikumpulkan sebagai sukarelawan banjir menerusi Skuad Ihsan MADANI KPDN.

Jelasnya, skuad tersebut diwujudkan sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mempergiat penglibatan penjawat awam sebagai sukarelawan banjir.

Tambahnya, skuad itu akan bergerak ke kawasan terjejas banjir khususnya di Pantai Timur bermula 6 Disember hingga selesai Monsun Timur Laut (MTL).

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...