Saturday , 11 January 2025
Home Nasional Fahmi mahu hebahan bantuan Belanjawan 2025 dipermudah
Nasional

Fahmi mahu hebahan bantuan Belanjawan 2025 dipermudah

Fahmi mahu hebahan bantuan Belanjawan 2025 dipermudah

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Informasi dan maklumat berhubung bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 perlu disampaikan secara terus kepada rakyat.

Sehubungan itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mahu Jabatan Penerangan (JAPEN) dan Komuniti MADANI memainkan peranan dalam memperkasa hebahan mengenai perkara tersebut termasuk penggunaan bahasa yang mudah difahami.

\”Apa yang kita usahakan melalui jentera JAPEN dan Komuniti MADANI ialah mempermudahkan bahasa untuk semua bantuan yang disediakan dalam Belanjawan 2025. Ini bagi memastikan sesiapa yang menghadapi kesulitan dalam memohon bantuan akan menerima panduan secukupnya. Fokus Belanjawan 2025 adalah untuk mensejahterakan rakyat, menaikkan gaji dan menangani kos sara hidup,\” katanya.

Beliau yang jugaAhli Parlimen Lembah Pantaiditemui pemberita selepas majlis Fiesta Deepavali peringkat parlimen itu yang berlangsung di Pantai Dalam di sini malam ini.

Dalam pada itu, isu pendidikan akan terus diberi perhatian khususnya melibatkan komuniti India di Lembah Pantai.

Fahmi menyifatkan inisiatif berkenaan penting bagi memastikan lebih ramai anak-anak daripada komuniti tersebut mendapat peluang pendidikan yang sebaiknya.

\”Isu-isu yang dihadapi termasuk oleh komuniti India di Lembah Pantai perlu ditangani untuk memastikan bukan sahaja keluarga-keluarga di sini menikmati kemudahan, tetapi juga dalam aspek kebajikan, tiada yang ketinggalan.

\”Salah satu isu yang sering saya perhatikan ialah pendidikan, dan saya akan berusaha memastikan beberapa sekolah termasukSekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bangsar yang mempunyai bilangan murid rendah… diberi perhatian. Kami akan membantu ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut… tetapi menghadapi kesukaran menanggung kos pendidikan,\” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa isu capaian internet dan kemudahan makmal komputer akan diberi perhatian sewajarnya.

Pada majlis tersebut, Fahmi turut menyampaikan sumbangan berupa baucar membeli-belah bernilai RM100 kepada hampir 1,000 penduduk komuniti India bersempena Deepavali.

Related Articles

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang
Nasional

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.GEORGE TOWN, 11 Januari – Pulau Pinang...

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan
Nasional

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kemasukan...

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka
Nasional

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka

Sekadar gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan...

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini
Nasional

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGIKUALA LUMPUR, 11 Januari- Seramai 953 penduduk terjejas banjir...