Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional Banjir: Jumlah penduduk terjejas di tujuh negeri semakin berkurang
Nasional

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di tujuh negeri semakin berkurang

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di tujuh negeri semakin berkurang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan, Kedah, Perak, Melaka dan Pahang terus menunjukkan penurunan setakat pukul 11.00 malam tadi kepada 11,713 orang berbanding 52,596 orang petang semalam (Jumaat).

Jumlah mangsa di Kelantan berkurang kepada 7,600 orang berbanding 12,736 orang pada petang Jumaat.

Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jajahan Tumpat merekodkan 7,052 penduduk terjejas daripada 2.188 keluarga dengan 16 PPS masih dibuka.

Jajahan Pasir Mas pula mencatatkan 526 penduduk terjejas dengan 154 keluarga masih berlindung di 3 PPS.

Di Pahang, penduduk terjejas banjir semakin menurun dengan hanya 13 orang daripada empat keluarga di daerah Maran.

Di Johor, jumlah penduduk terjejas banjir terus menurun kepada 514 orang berbanding 789 orang pada petang Jumaat.

Di Melaka, jumlah penduduk terjejas banjir turut mencatatkan trend penurunan dengan 123 orang di dua PPS.

Di Kedah pula, bilangan penduduk terjejas banjir turut penurunan dengan 3,067 orang berbanding 4,626 orang sebelumnya.

Di Terengganu, situasi banjir pulih sepenuhnya selepas kesemua PPS di negeri itu ditutup.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, kesemua PPS telah ditutup pada pukul 9.00 malam tadi (Jumaat).

Di Perak, jumlah mangsa banjir terus menurun dengan 43 mangsa masih berlindung di tiga PPS.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...