Saturday , 11 January 2025
Home Nasional 203 menara telekomunikasi JENDELA fasa 1 di Sabah siap
Nasional

203 menara telekomunikasi JENDELA fasa 1 di Sabah siap

203 menara telekomunikasi JENDELA fasa 1 di Sabah siap

Fahmi Fadzil

TUARAN, 19 Oktober- Sebanyak 203 daripada 400 menara telekomunikasi yang dibina di bawah pelaksanaan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 di Sabah telah siap setakat hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata menara telekomunikasi selebihnya kini hampir siap, namun lapan daripadanya telah diserahkan semula kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana syarikat tidak mampu melaksanakan projek dipertanggungjawabkan kerana terlalu sukar.

\”Antara masalah menyebabkan kesukaran berkenaan adalah faktor muka bumi dan pemilikan tanah yang tidak dapat diselesaikan, namun MCMC akan meneliti semula lapan tapak yang diserahkan semula itu supaya kita dapat melaksanakannya semula,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pengoperasian menara telekomunikasi JENDELA Fasa 1 di Kampung Logub Tamparuli, dekat sini hari ini.

Fahmi berkata mana-mana syarikat yang gagal menyiapkan projek seperti ditetapkan akan dikenakan penalti.

\”Saya telah menyatakan kepada mereka bahawa melaksanakan dan menyiapkan projek adalah tanggungjawab dan amanah besar demi kesejahteraan rakyat,\” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata dengan pengoperasian menara telekomunikasi JENDELA Fasa 1 di Kampung Logub Tamparuli itu, sebanyak 643 penduduk dari sekitar kawasan itu akan mendapat manfaat liputan Internet berkelajuan tinggi melebihi 200 mbps mengikut ujian kelajuan yang telah dilaksanakan.

\”Saya berharap kemudahan ini dapat membantu komuniti setempat bukan hanya mengakses media sosial tetapi memanfaatkan untuk melakukan perniagaan dalam talian,\” katanya.

JENDELA yang dilancarkan pada September 2020, bermatlamat mewujudkan sambungan digital yang mantap dan mampu milik dengan liputan jalur lebar berkualiti serta menyediakan akses Internet merentasi semua lapisan masyarakat di seluruh pelosok negara.

Pada masa sama, Fahmi berkata bagi pelaksanaan JENDELA Fasa 2, sebanyak 2,700 lokasi menara telekomunikasi dikenal pasti termasuk di kawasan terpencil, bukit bukau dan pulau-pulau.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan sedang meneliti teknologi baharu iaitu satelit jenis low earth orbit (LEO) atau orbit rendah bumi bagi meningkatkan perkhidmatan Internet di seluruh negara terutama kawasan pedalaman.

\”Teknologi ini sangat berguna di kawasan yang benar-benar tidak mempunyai talian Internet dan ia akan terus ke telefon pintar kita tanpa melalui menara…saya difahamkan satu projek perintis akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat suku kedua tahun depan,\” katanya.- BERNAMA

Related Articles

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang
Nasional

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.GEORGE TOWN, 11 Januari – Pulau Pinang...

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan
Nasional

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kemasukan...

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka
Nasional

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka

Sekadar gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan...

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini
Nasional

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGIKUALA LUMPUR, 11 Januari- Seramai 953 penduduk terjejas banjir...