Home Pasaran Rundingan Malaysia-AS Pacu Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari
Pasaran

Rundingan Malaysia-AS Pacu Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

Rundingan Malaysia-AS Pacu Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 April (Livevartha)–Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Jumaat susulan perkembangan pertemuan delegasi Malaysia, diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriTengku Datuk SeriZafrul Abdul Aziz dan pegawai Amerika Syarikat (AS) berkaitan tarif di Washington.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.42 mata atau 0.03 peratus kepada1,506.94 daripada 1,506.52 dalam penutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 5.12 mata kepada 1,511.64 dan bergerak dalam julat 1,505.68 hingga 1,512.29 dalam dagangan pagi ini.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu502 berbanding 305, sebanyak 399 kaunter tidak berubah, 1,251 tidak diniagakan dan 39 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.91 bilion saham bernilai RM910.41 juta.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn BhdMohd Sedek Jantan berkata pasaran dijangka menilai perkembangan pertemuan berkaitan tarif itu selepas rehat tengah hari.

“Kami juga menjangkakan pelabur asing akan turut memberi reaksi,” katanya kepada Livevartha.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata Malaysia terbuka untuk berunding dengan AS) dalam empat bidang utama — mengurangkan defisit dagangan, menangani halangan bukan tarif, memperkukuh perlindungan dan keselamatan teknologi serta meneroka potensi perjanjian perdagangan dua hala.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...