Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu hadapan, menurut seorang penganalisis.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innesberkata komoditi berharga itu berkemungkinankekal dalam julat dagangan semasanya antara US$3,330 hingga US$3,390 setiap auns troy.

“Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, emas diniagakan mendatar sepanjang sesi, mencerminkan ketidaktentuan yang lebih meluas dalam pasaran mata wang. Kebelakangan ini, logam itu bergerak hampir seiring tetapi secara bertentangan dengan dolar AS.

“Sehubungan itu, pergerakan dolar perlu dipantau dengan teliti kerana ia kini menjadi faktor utama yang mempengaruhi harga emas,” katanya kepada Livevartha.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat kepada US$3,371.80 setiap auns troy daripada US$3,312.20 setiap auns troy, manakala kontrak Julai 2025 naik kepada US$3,380.30 setiap auns troy daripada US$3,325.90 setiap auns troy.

Kontrak Ogos 2025, September dan Oktober 2025 masing-masing mengukuh kepada US$3,393.80 setiap auns troy daripada US$3,325.90 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menurun kepada 241 lot daripada 256 lot yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 122 kontrak daripada 139 kontrak.

Menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 6 Jun, harga emas fizikal berada pada US$3,374.60 setiap auns troy.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Ringgit diunjur...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...