Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur diniagakandengan kecenderunganmenurun sedikit minggu depan dalam keadaanpeningkatan output dan paras stok, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran pada masa ini dalamtempoh pengeluaran lebih tinggi secara bermusimyang lazimnyabermula pada April dan berlarutan sehingga September atau Oktober, dandalam tempoh ini output kebiasaannyameningkat sekali gus menyebabkan paras stok turut bertambah.

“Kami menjangkakankomoditi ini diniagakan antara RM3,720 satu tan hingga RM3,950 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Tehmengunjurkan pasaran akan mengalami aktiviti pengambilan untung, dengan harga dijangka diniagakan antara RM3,700 satu tan hingga RM3,800 satu tan.

“Dari segi stok, pasaran akan memantau dengan telitidata Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang dijadualdikeluarkan pada 10 Jun,” katanya.

Mengenaipermintaan, Teh berkata pembelian fizikal dijangkakan dari China, India, Pakistan, Timur Tengah, negara-negara Kesatuan Eropah selain pembelian kecil dari Amerika Syarikat.

“Dari segi output, keadaan cuaca yang baik menunjukkan bahawa pengeluaran MSMmungkinmeningkat,” katanya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat,kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat RM23 kepada RM3,911 satu tan manakala kontrak Julai 2025 dan Ogos 2025 masing-masing naik RM39 kepada RM3,930 satu tan dan RM3,917 satu tan.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Ringgit diunjur...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...