Home Pasaran Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Keyakinan Terhadap Rundingan Perdagangan AS
Pasaran

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Keyakinan Terhadap Rundingan Perdagangan AS

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Keyakinan Terhadap Rundingan Perdagangan AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif and Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Livevartha) –Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong oleh sentimen positif susulan perkembangan mengenai tarif perdagangan antara ekonomi utama dunia, termasuk China dan United Kingdom (UK), kata ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2715/2905 berbanding dolar AS daripada 4.2780/2830 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata terdapat keyakinan bahawa rundingan perdagangan antara AS dan China akan menjanahasil yang positif pada minggu ini.

“Keyakinan ini berdasarkan perjanjian perdagangan terkini antara AS dan UKyang menyaksikan tarif yang berkurangan ke atas kereta dan keluli.

“Bagaimanapun, tarif sebanyak 10 peratus masih kekal, menunjukkan impak daripada kejutan tarif itu masih ada dalam beberapa bulan akan datang,” katanya kepada Livevartha hari ini.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 1.03 peratus kepada 100.64 mata manakala hasil Perbendaharaan AS untuk dua tahun dan 10 tahun turut naik, masing-masing sebanyak 10 dan 11 mata asas kepada 3.87 peratus dan4.38 peratus.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka mencatatkan pembetulan seterusnya berikutan permintaan terhadap dolar AS yang meningkat berdasarkan perkembangan terkini,” katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dan mata wang ASEAN.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...