Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan OPR BNM Esok
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan OPR BNM Esok

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan OPR BNM Esok

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Livevartha) — Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan kadar dasar semalaman (OPR) esok, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.2360/2435 berbanding dolar AS daripada 4.2285/2360 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan membincangkan OPR dan membuat keputusan mengenai perkara itu, manakala kalangan ahli ekonomi memberikan pandangan berbeza mengenai kemungkinan hasil mesyuarat.

“Sesetengah (ahli ekonomi) menjangkakan pengurangan 25 mata asas, manakala yang lain berpandangan kadar faedah penanda aras akan kekal tidak berubah pada 3.00 peratus," katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata risiko geopolitik sekali lagi menjadi perhatian pelabur, dengan serangan ketenteraan terkini antara India dan Pakistan yang telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesannya ke atas ekonomi global.

"Selain itu, ringgit terus menyusut berbanding dolar AS selama dua hari berturut-turut selepas dolar AS-ringgit mencecah RM4.20 pada Isnin.

“Ini seiring dengan prestasi mata wang lain, dengan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.24 peratus kepada 99.478 mata,” katanya.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata ringgit menunjukkan sedikit penurunan menjelang hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...