Home Pasaran Ringgit Dibuka Mengukuh Selepas Ketegangan Dagangan AS-China Reda
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Selepas Ketegangan Dagangan AS-China Reda

Ringgit Dibuka Mengukuh Selepas Ketegangan Dagangan AS-China Reda

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Livevartha)– Ringgit memulakan sesi urus niaga Rabu dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulanketegangan dagangan AS-China terus mereda, sekali gusmenyuntik sentimen positif di pasaran, mengurangkan kebimbangan berlakunya kemelesetan serta merangsang sentimen minat risiko dalam kalangan peniaga dan pelabur, kata penganalisis.

Pada 8.01 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3045/3245 berbanding dolar AS daripada 4.3185/3250.

Ketua Ahli Ekonom Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata indeks harga pengguna (IHP) AS meningkat 2.3 peratus tahun ke tahun pada April, lebih rendah daripadajangkaan pasaran 2.4 peratus manakala IHP teras kekal pada 2.8 peratus.

“Penurunan IHP itu juga menunjukkan bahawa kebimbangan terhadap inflasi yang disebabkan oleh tarif AS mungkin tidak lagi ketara pada masa ini,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata data ekonomi juga menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mempunyai ruang dasar bagi mengurangkan Kadar Dana Fed di masa depan.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed yang bermesyuarat pada 17-18 Jun depan dilihat sebagai penting ketika bank pusat AS itu membuat persiapan bagi mengumumkan unjuran makroekonomi bagi suku terkini, katanya.

Indeks OptimisPerniagaan Bebas terkiniyang mencerminkan sentimen perniagaan kecil, susut sebanyak 95.8 mata pada April –penurunan bulan keempat berturut-turut sejak Januari tahun ini.

"Oleh itu, alasan menurunkan kadar faedah adalah wajar berikutan sentimen perniagaan yang lemah akan menyebabkan pengurangan perbelanjaan modal dan minat pengambilan pekerja," katanya.

Related Articles

Ringgit Dibuka Mengukuh Selepas Ketegangan Dagangan AS-China Reda
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...