Home Pasaran Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Livevartha) — Ringgitmemulakan urus niaga Rabu dengan meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh kelemahan indeks dolar itu (DXY) dan penurunan hasil Perbendaharaan negara maju berkenaan — petanda bahawa sentimen mengelak risiko terus ketara.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2120/2300 berbanding dolar AS daripada paras akhir urus niaga Isnin pada 4.2285/2360.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal goyah berikutan tahap ketidaktentuan ekonomi terus meningkat.

“Oleh itu, peniaga dan pelabur akan menumpukan perhatian kepada penilaian Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) mengenai keadaan semasa ekonomi menjelang keputusan mengenai pendirian mereka pada malam ini," katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata ringgit menyaksikan aktiviti pengambilan untung susulan pengukuhan ketaranya berbanding dolar AS semalam di tengah-tengah bahang ketidaktentuan.

"Sehubungan itu, adalah dijangkakan ringgit kekal dalam julat kecil kerana peserta pasaran masih lagi menunggu keputusan FOMC malam ini dengan konsensus menjangkakan Kadar Dana Rizab Persekutuan AS tidak berubah iaitu pada 4.50 peratus pada masa ini," katanya.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakanlebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9434/9564 daripada 2.9502/9556 pada Selasa, naik berbanding euro kepada 4.7764/7968 daripada 4.7824/7909 semalamdan meningkatberbanding pound Britain kepada 5.6234/6475 daripada 5.6302/6402 sebelum ini.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...