Home Pasaran Pasaran Getah Malaysia Kekal Naik Susulan Gencatan Perdagangan AS-China
Pasaran

Pasaran Getah Malaysia Kekal Naik Susulan Gencatan Perdagangan AS-China

Pasaran Getah Malaysia Kekal Naik Susulan Gencatan Perdagangan AS-China

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Livevartha) –Pasaran getahMalaysia mengekalkan aliran menaik pada hari ini, menjejaki keuntungan di pasaran niaga hadapan getah serantau susulan keyakinan yang berterusan terhadap potensi gencatan perdagangan Amerika Syarikat (AS) – China, kata seorang peniaga.

Beliau menjelaskan sentimen pasaran turut disokong oleh data inflasi AS yang lebih lemah berbanding jangkaan dan penurunan pengeluaran getah asli (NR), seperti yang dilaporkan oleh Jabatan PerangkaanMalaysia (DOSM).

Menurut DOSM, pengeluaran NR Malaysia jatuh sebanyak 20.3 peratus kepada 28,712 tan pada Mac 2025 daripada 36,005 tan yang dicatatkan semasa Februari 2025.

Namun, pengeluaran meningkat sebanyak 6.5 peratus dari tahun ke tahun berbanding 26,966 tanyang disaksikan pada Mac 2024.

"Bagaimanapun, keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah selain pengukuhan ringgit berbanding dolar USyang lebih kuat terhadap dolar US,"katanya kepada Livevartha.

Buat masa sekarang,harga minyak mentah Brent merosot 0.60 peratus kepada US$66.22 setong.

Manakala, pada 3 petang tadi, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menokok sebanyak 10 sen kepada 780 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 5.0 sen kepada 616 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...