Home Pasaran Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Suram Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Suram Minggu Depan

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Suram Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia dijangka kekal suram minggu hadapan berikutan permintaan yang cenderung lemah.

Pakar industriDenis Lowberkata pasaran getah dilihat mengalami sedikit ketidaktentuan, dengan harga dan permintaan yang bergerak seperti bandul.

Beliau menyifatkan ketidakstabilan itu berpunca dengan ketidaktentuan global yang berlarutan berpunca daripada dasar tarif Presiden Amerika SyarikatDonald Trump.

“Ditambah pula dengan fenomena perubahan iklim yang menyebabkan keadaan cuaca tidak menentu di seluruh dunia, ketidaktentuan dijangka berlaku kerana aktiviti penyimpanan dan pengisian semula stok merupakan dua tindakan yang berbeza yang sukar dihadam oleh pasaran getah.

“Pembelian spekulatif atau tanpa pembelianboleh mengganggu dinamik penawaran dan permintaan pasaran,” katanya kepada Livevartha.

Dalam perkembangan lain, Low berkata Jabatan Meteorologi Thailand telah meramalkan kejadian ribut musim panas yang akan bermula di wilayah Timur Laut dan merebak ke kebanyakan wilayah lain.

Bagi asas minggu ke minggu, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM20) meningkat 2.44 peratus, atau 18 senkepada 756.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal menurun 0.74 peratus, atau 4.5 senkepada 604.0 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada 12 Mei, 2025 (Isnin) sempena cuti umum Hari Wesak dan kembali beroperasi pada 13 Mei.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...