Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Rendah Pada Ringgit Yang Lebih Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah Pada Ringgit Yang Lebih Kukuh

Pasaran Getah Ditutup Rendah Pada Ringgit Yang Lebih Kukuh

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Mei(Livevartha) — Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh prestasi bercampur-campur dalampasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pada 4.33 petang, mata wang tempatan mengukuh kepada4.2765/2825 berbanding dolar AS ketika ditutup pada Rabu pada4.3130/3185.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah dan kebimbangan terhadap pengetatan bekalan getah asli di tengah-tengah keyakinan baharu yang menyelubungi rundingan perdagangan China dan AS.

Katanya, agensi meteorologi Thailand memberi amaran mengenai hujan lebat dan banjir kilat di selatan negara itu bermula 2 hingga 7 Mei, yang boleh menjejaskan bekalan getah.

Selain itu, harga minyak meningkat pada Jumaat, semakin pulih daripada penurunan baru-baru ini selepas China berkata negara itu terbuka kepada rundingan perdagangan, mungkin menandakankesediaan Beijing untuk menyambung semularundingan.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan hargaSMR20 susut 7.5 sen kepada 738.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot 5.0 sen kepada609.0 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...