Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Minyak Sayuran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Minyak Sayuran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Minyak Sayuran

Dr Sathia Varqa

David Ng

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 25 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebihtinggi sedikit, dirangsang oleh niaga hadapan minyak sayuran yang berkaitan di Chicago Mercantile Exchange (CME) dan Dalian Commodity Exchange (DCE).

Selain itu,peningkatan eksport pada April turut menyumbang kepada pengukuhan komoditi berkenaan, kata penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa.

Beliau memberitahu Livevartha, kenaikan itu bagaimanapun terhad disebabkan pengambilan untung yang sederhana menjelang pengumuman anggaran bekalan dan permintaan bagi April serta prospek pengeluaran yang meningkat.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkataharga minyak kacang soya dan jangkaan permintaan eksport yang kukuh dalam beberapa minggu akan datang menyokong sentimen pasaran.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,000 satu tan dan paras rintangan pada RM4,150 satu tan," kata Ng.

Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025 meningkat RM4 kepada RM4,139 satu tan, Jun 2025 bertambah RM8 kepada RM4,084 satu tan, Julai 2025 ,menokok RM21 kepada RM4,057 satu tan, manakala Ogos 2025 naik RM21 kepada RM4,047 satu tan.

Kontrak September 2025 meningkat RM19 kepada RM4,039 satu tan dan Oktober 2025 naik RM15 kepada RM4,029 satu tan.

Jumlah dagangan bertambahkepada 92,662 lot daripada 95,905 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 239,137 kontrak daripada 235,722 kontrak semalam.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...