Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Minat Risiko Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Minat Risiko Meningkat

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Minat Risiko Meningkat

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 25 April (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat berikutan minat risiko yang meningkat susulan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas memulakan dagangankukuh,mencecah US$3,370 setiap aunstroy dalam keadaan ketidaktentuan yang berterusan mengenaipertikaian perdagangan AS-China.

“Bagaimanapun, pengukuhan itu segera berakhir selepas China memberikan isyarat kepadapotensi mempertimbangkan penurunan sebahagian daripada tarif ke atas barangan AS bagi menyokong industri domestik mereka.

"Hasrat ini membantu meredakan kebimbangan mengenai konflik perdagangan yang semakin memuncak dan menyebabkan penurunan harga emas yang mendadak berjumlah US$70,” katanya kepada Livevartha.

Innes berkata pasaran terus peka terhadap berita-berita berkaitan perdagangan manakalaharga emas bergerak selari dengan ketegangan yang dirasakan.

“Sebarang isyarat ketegangan yang reda, meskipun bersifat sementara, berkecenderungan untuk mengurangkan permintaan terhadap aset selamat," katanya.

Pada penutupan dagangan hari ini, kontrak bulan semerta April 2025 menyusutkepada US$3,307.20setiap auns troy daripada US$3,338.70setiap auns troy pada Khamis dan kontrak Mei 2025 berkurangan kepada US$3,316.20setiap auns troy daripada US$3,347.70 setiap auns troy.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 masing-masing susut kepada US$3,332.80 setiap auns troy daripada US$3,364.90 setiap auns troy semalam.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...