Home Pasaran Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Bagi Hari Ketiga Susulan Minat Belian Baharu
Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Bagi Hari Ketiga Susulan Minat Belian Baharu

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Bagi Hari Ketiga Susulan Minat Belian Baharu

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 April (Livevartha) –Bursa Malaysia meneruskan alirankenaikannya untuk hari ketiga berturut-turut pada Jumaat.

Ia ditutup lebih tinggi berikutan minat belianbaharu dandisokong oleh prestasi pasaran serantau yang positif susulanpotensi ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-Chinamereda.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.68 mataatau 0.18 peratuskepada 1,509.20 daripada 1,506.52ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras dibuka 5.12 mata lebih tinggi pada 1,511.64dan bergerak antara 1,505.68 hingga 1,512.29 sepanjang hari.

Sentimen pasaran pula positifdengan kaunter untungmengatasi kaunter rugi iaitusebanyak 651 berbanding 325manakala 434 kaunter tidak berubah, 1,047 tidak diniagakandan 39 lagi digantung.

Jumlah dagangan menokokkepada 3.10 bilion unit bernilai RM1.95 bilion daripada3.08 bilion unit bernilai RM2.14 bilion pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn BhdMohd Sedek Jantanberkata sesuatu yang menarik apabilapelabur asingmuncul semula sebagai pembeli bersihdengan aliran masuk bersih positif direkodkan pada Rabu dan Khamis.

Beliau berkata dalam sesi dagangan hari ini, sektor yang berorientasikan eksportiaitu kimia, semikonduktordan perindustrian menunjukkan pengukuhanyang konsistenwalaupun banyak kaunter terus diniagakan di bawah paras tertinggi sebulan.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...