Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Susut 0.93 Peratus
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Susut 0.93 Peratus

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Susut 0.93 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha)–Bursa Malaysia terus berada dalam wilayah kurang memberangsangkan setakat dagangan tengah hari ini susulan aktiviti jualan membabitkan saham-saham perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan.

Perkembangan itu berlaku ketika prestasi Wall Street diasak tekanan berikutan perbalahan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell berkaitan gesaan menurunkan kadar faedah, termasuk ancamanagar peneraju bank pusat itu dipecat.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 13.93 mata atau 0.93 peratus kepada1,485.54 daripada 1,499.47, semalam.

Saham wajaran tinggi CIMB susut 11 sen kepadaRM6.75, Public Bank turun lima sen kepada RM4.35 manakala IHH Healthcare berkurangan lapan sen kepada RM6.81 dengan ketiga-tiga kaunter ini mengheret turun dengan gabungan 4.87 mata dalam indeks berkenaan.

Indeks itu dibuka susut7.03 mata kepada 1,492.44 dan bergerak dalam julat 1,482.70 hingga 1,492.44 sepanjang sesi itu.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu575 berbanding 166 manakala 332 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,352 tidak diniagakan dan 30 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.03 bilion saham bernilai RM843.63 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street menyaksikan prestasi semalaman yang suram yang dijejaskan oleh pertikaian berterusan Trump-Powell yang memberi impak ke atas sentimen pelabur mengenai kebebasan bank pusat itu, terutama dalam kecelaruan dasar perdagangan AS.

“Ini ditambah pula perkembangan usaha meredakan perang dagangan yang tepu dan menyebabkan kami menjangkakan dasar Trump akan terus mencetuskan ketidaktentuan di serata pasaran global yang hanya meningkatkan lagi tekanan ke atas dolar AS.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...